Tajuk : Nama Terindah
Artis : Usop
Lagu / Lirik : Azmeer
Hakcipta Lagu / Lirik : Luncai Emas Sdn Bhd

Apa Yang Masih Terseru Dimata Pena,
Ayat Ku Cipta Sekadar Sentuhan Tinta,
Yang Telah Tertulis Takkan Pernah Berubah,
Zikir Hatiku Hanya Namamu Terindah.

Dan Kekusutan Di Akal Fikiran,
Terlerai Gelisah Kau Jelma Jadi Cinta,

Selama Bumi Nyata Ku Berpijak,
Cintamu Ke Langit Tujuh Ku Jejak,
Terbanglah Ke Serata Benua,
Berhajatlah Mengajak Kekal Bersama.

Kau Pelangikan Senduku Berwarna Rindu,
Sepantas Cahaya Kalbu Sepintas Lalu,
Yang Telah Tertulis Takkan Termampu Ubah,
Zikir Hatiku Hanya Namamu Terindah.

Harum Hatimu Menjalar Deru Rindu,
Meresapi Wajah Jelma Cinta,
Selama Bumi Nyata Ku Berpijak,
Cintamu Ke Langit Tujuh Ku Jejak,
Terbanglah Ke Serata Benua,
Berhajatlah Mengajak Kekal Bersama,
Kekal Bersama.